Sabtu, 10 Julai 2010

Kelab Hoki Vs Tampin Junior (NS hockey league)

Pada 10 Julai 2010 bertempat di padang hoki Sekolah Tuanku Besar Tampin, pasukan Poli PD telah bertemu dengan Tampin Junior. Perlawanan bermula jam 5 petang. Perlawanan ini adalah perlawanan ke 2 Poli PD dalam Liga Hoki Negeri Sembilan Divisen 2. Perlawanan ini didahului oleh pasukan Tampin Junior pada awal separuh masa pertama.

Perlawanan separuh masa pertama dikuasai oleh pasukan Tampin Junior namun serangan balas tetap dilakukan oleh pasukan Poli PD. Pada separuh masa kedua setelah disusun atur semula, pasukan Poli PD telah berjaya menguasai permainan dan banyak asakan yang dilakukan dari Poli PD namun gagal menjaringkan gol.

Pada minit terakhir pasukan Poli PD berjaya menjaringkan gol hasil daripada pukulan sudut penalti. Jaringan tersebut telah menyelamatkan Poli PD daripada kekalahan. Keputusan ini dapat menaikkan kembali semangat pemain Poli PD yang menurun akibat jaringan daripada Tampin Junior pada separuh masa pertama.

Perlawanan seterusnya adalah di antara Poli PD dengan Pasukan Artileri Seremban Pada 17 Julai 2010 di Stadium Hoki Seremban 2.

Keputusan penuh Poli PD vs Tampin Junior: 1-1

~jurulatih/pengurus/pemain~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan