Jumaat, 20 Ogos 2010

SELAMAT BERPUASA N SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang telah tiba dan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi....

KELAB HOKI POLITEKNIK PORT DICKSON MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI DI KELAB HOKI POLITEKNIK PORT DICKSON.

Isnin, 2 Ogos 2010

PPD vs GEMENCHEH (NS Hockey League)

Pada 31 Julai 2010 pasukan hoki PPD telah bertemu dengan pasukan hoki Gemencheh. Perlawanan ini adalah perlawanan separuh akhir Divisyen 2 dalam Liga Hoki Negeri Sembilan anjuran Persatuan Hoki Negeri Sembilan.

Perlawanan ini berlangsung sengit namun kemenangan berpihak kepada pasukan hoki Gemencheh. Pasukan Politeknik Port Dickson telah mengalami kekalahan yang agak besar namun kekalahan ini menjadikan pasukan hoki Politeknik Port Dickson lebih matang dalam mengharungi pertandingan akan datang.

Banyak perkara yang telah dipelajari oleh pasukan hoki PPD. Menyertai liga hoki ini adalah sebahagian daripada persediaan pasukan hoki PPD untuk mengharungi pertandingan hoki anjuran Majlis Sukan Politeknik yang dijangka akan berlangsung pada bulan Oktober nanti.

Semoga pengalaman yang didapati daripada pertandingan akan mematangkan dan memantapkan lagi pasukan hoki PPD.

Keputusan penuh : PPD 0 : Gemencheh 4