Selasa, 23 April 2013

MSP DIVISYEN 2 2013

Pasukan Politeknik Port Dicksoan akan menyertai pertandingan Liga Hoki Politeknik yang akan berlangsung : Lokasi : Stadium Hoki Melaka Tarikh : 7/5/2013 hingga 10/5/2013 Politeknik PD akan menghantar pasukan lelaki dan pemain wanita telah dieksport ke Politeknik Merlimau Melaka. selamat maju jaya kepada pasukan Hoki Politeknik Port Dickson.

Rabu, 18 Januari 2012

Perlawanan Persahabatan

Pada 11 Januari 2012...pasukan kelab hoki poli pd telah mengadakan satu perlawanan persahabatan (perlawanan pembukaan bagi tahun 2012) dengan pasukan hoki Kor RAD atas jemputan dari pasukan tersebut.

Perlawanan ini telah dijalankan selama 3 masa di mana satu masa adalah selama 20 minit permainan. Pada separuh masa pertama kedudukan adalah seri 0-0 dan pemain kelab hoki bermain dengan cemerlang dengan mengasak pasukan lawan dam mempamerkan pertahanan yang baik ketika diserang.

Pada separuh masa kedua pasukan Kelab Hoki PoliPD telah berjaya dibolosi menerusi pukulan sudut penalti dan separuh masa kedua berkeputusan Kelab Hoki PoliPD(0)- Kor RAD (1).

Pada separuh masa ketiga pasukan Kelab Hoki PoliPD telah berjaya menjaringkan 2 gol dan kedua-dua gol adalah hasil daripada gol padang. Namun kelekaan bahagian pertahanan telah menyebabkan pasukan Kor RAD berjaya menyamakan kedudukan dengan menjaringkan satu lagi gol pada minit akhir perlawanan menerusi pukulan sudut penalti.

Perlawanan ini telah disaksikan oleh pelajar Ko-korikulum AR201 dan beberapa jurulatih luar yang melatih pasukan "Junior League" Negeri sembilan.

Keputusan akhir ::
Kelab Hoki PoliPD (2) - Kor RAD (2)

Selasa, 6 Disember 2011

Kejohanan Hoki 9's di KSN

Kelab Hoki akan menyertai kejohahan hoki 9's yang akan dilangsungkan di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 11 Disember 2011. Seramai 12 pemain yang terdiri dari ahli kelab akan bermain di sana..

Semoga pemain dapat bermain dengan baik dan mencapai sesuatu di sana....

teruskan usaha.....

Selasa, 1 November 2011

Kejohanan Liga Hoki Politeknik 2011 - Div 2

Pada 7,8 dan 9 Oktober telah berlangsung Kejohanan Hoki Politeknik 2011 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Seremban 2. Pada kali ini Politeknik Port Dickson telah menjadi tuan rumah bagi divisyen 2.

Kejohanan ini telah disertai oleh 8 buah politeknik dari serata tanah air termasuk Sarawak. Antara pasukan yang menyertai pertandingan ini ialah:

1. PKB
2. PSAS
3. PKS
4. PTSB
5. PPD
6. PMK
7. PKT
8. PMS

Alhamdulillah, kejohanan ini telah berlangsung dengan jayanya dengan bantuan pelajar Kokurikulum semester 2 AR201 hoki dan ahli kelab hoki serta pelajar politeknik Port Dickson yang menjadi sukarelawan pada kejohanan ini.

terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat....

Khamis, 11 Ogos 2011

sesi pemilihan pemain PPD

sesi pemilihan pemain poli pd akan diadakan selepas hari raya puasa....

semua yang berminat sila hadirkan diri apabila notis ditampal...

Rabu, 27 Julai 2011

MSP HOKI 2011

Kepada pelajar Politeknik PD yang berminat untuk mewakili politeknik untuk kejohanan Hoki MSP bolehlah turun training pada

hari : Selasa, Rabu dan Khamis
masa : 5.30 - 7.00 petang
tempat : padang hoki / futsal (depan jmsk)

kehadiran adalah dialu-alukan....

Poli PD vs Old Paulians (NSHL 2011)

Pada 23/7/2011 bertempat di stadium hoki Seremban 2, pasukan Poli PD telah bertemu dengan pasukan Old Paulians untuk Liga Hoki Negeri Sembilan 2011.

Pada separu masa pertama Poli PD mendahului dengan mata 2-1. Semangat yang di tunjukkan oleh pemain sangat membanggakan. Namun dengan pengalaman yang banyak, pasukan Old Paulians telah berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa yang ke-2 menjadikan jaringan gol terikat 2-2.

Keputusan akhir PoliPD 2 - Old Paulians 2.

Pasukan Poli PD terkandas dari memasuki pusingan ke 2 kerana kekalahan jaringan gol kepada pasukan Tampin Junior.