Rabu, 21 Julai 2010

semi final (NS Hockey League)

perlawanan separuh akhir NS League akan diadakan pada:

Tarikh : 31 JULAI 2010
Masa : 5.00 petang
Lokasi : Stadium Hoki Seremban 2

datanglah beramai-ramai untuk menyokong pasukan POLI PD....

Sabtu, 17 Julai 2010

PPD vs ARTILERI SEREMBAN

pada 17 Julai 2010 pasukan hoki Politeknik Port Dickson telah bertemu dengan pasukan Artileri Seremban di Stadium Hoki Seremban 2. Walaupun ketiadaan jurulatih dan hanya diuruskan oleh pengurus pasukan Kelab (En. Aznul Rafizul) semasa perlawanan berlangsung tidak mematahkan semangat untuk pasukan hoki Poli PD untuk berjuang.

Separuh masa pertama berlangsung agak sengit dan serangan banyak dilakukan oleh pasukan Artileri. Namun kecekapan bahagian pertahanan dan penjaga gol banyak mematahkan serangan yang dilakukan oleh pasukan Artileri.

Pada separuh amasa kedua serangan bertalu-talu dilakukan oleh pasukan Artileri namun pasukan Poli PD tetap melakukan serangan balas. Hasil asakan daripada pasukan Rtileri telah berjaya membuahkan hasil dengan jaringan yang dilakukan melalui pukulan sudut penalti. Pasukan Poli PD yang terkejut dengan jaringan itu telah membuat serangan balas dan telah berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan 'gol padang'.

Keputusan penuh perlawanan: Poli PD vs Artileri : 1 - 1

~pengurus/jurulatih/pemain~

Rabu, 14 Julai 2010

Poli PD vs Artileri (NS Hockey League)

Tarikh : 17 Julai 2010
Tempat : Stadium Hoki Seremban 2 (pitch 2)
Masa : 5.00 petang

marilah sama-sama menyokong pasukan Poli PD....

Sabtu, 10 Julai 2010

Kelab Hoki Vs Tampin Junior (NS hockey league)

Pada 10 Julai 2010 bertempat di padang hoki Sekolah Tuanku Besar Tampin, pasukan Poli PD telah bertemu dengan Tampin Junior. Perlawanan bermula jam 5 petang. Perlawanan ini adalah perlawanan ke 2 Poli PD dalam Liga Hoki Negeri Sembilan Divisen 2. Perlawanan ini didahului oleh pasukan Tampin Junior pada awal separuh masa pertama.

Perlawanan separuh masa pertama dikuasai oleh pasukan Tampin Junior namun serangan balas tetap dilakukan oleh pasukan Poli PD. Pada separuh masa kedua setelah disusun atur semula, pasukan Poli PD telah berjaya menguasai permainan dan banyak asakan yang dilakukan dari Poli PD namun gagal menjaringkan gol.

Pada minit terakhir pasukan Poli PD berjaya menjaringkan gol hasil daripada pukulan sudut penalti. Jaringan tersebut telah menyelamatkan Poli PD daripada kekalahan. Keputusan ini dapat menaikkan kembali semangat pemain Poli PD yang menurun akibat jaringan daripada Tampin Junior pada separuh masa pertama.

Perlawanan seterusnya adalah di antara Poli PD dengan Pasukan Artileri Seremban Pada 17 Julai 2010 di Stadium Hoki Seremban 2.

Keputusan penuh Poli PD vs Tampin Junior: 1-1

~jurulatih/pengurus/pemain~

Selasa, 6 Julai 2010

Pencarian bakat baru

Kelab Hoki Politeknik Port Dickson sedang mencari bakat-bakat baru untuk mewakili politeknik dalam kejohanan Hoki Majlis Sukan Politeknik Zon Selatan yang akan akan berlangsung pada bulan Oktober 2010.

Zon selatan akan disertai oleh pasukan dari:
1. Politeknik Merlimau Melaka
2. Politeknik Kota Melaka
3. Politaknik Nilai
4. Politeknik Mersing
5. Politeknik Johor Bharu
6. Politeknik Port Dickson

Politeknik Port Dickson akan menghantar 2 pasukan iaitu satu pasukan lelaki dan satu pasukan wanita. Bagi pelajar politeknik yang berminat untuk mewakili pasukan Politeknik diharap dapat menghadirkan diri pada sesi latihan yang dijalankan pada setiap petang kecuali hari Jumaat sehingga Ahad bermula jam 5.30 petang di padang FUTSAL/HOKI berhadapan bangunan JMSK.

Bersama kita membina sebuah pasukan hoki yang mantap dan menaikkan nama Politeknik Port Dickson.

-pengurus/jurulatih hoki PPD-

Poli PD vs NS Police (NS hockey league)

Perlawanan hoki antara pasukan Politeknik Port Dickson melawan pasukan hoki Polis Negeri Sembilan pada 3 Julai 2010 telah menaikkan nama pasukan politeknik. Perlawanan ini telah dimenangi pasukan politeknik dengan jaringan 5-0.

Dua gol telah dijaringkan pada separuh masa pertama dan 3 gol lagi dijaringkan pada separuh masa kedua. 4 gol adalah gol padang dan 1 gol dijaringkan melalui pukulan sudut penalti.

Perlawanan hoki ini juga telah dicemari dengan layangan 1 kad hijau kepada pemain pasukan Polis NS atas insiden kekasaran kepada salah seorang pemain hoki pasukan Politeknik PD. Perlawanan hoki ini dikuasai pasukan Politeknik PD yang lebih banyak menyerang berbanding pasukan Polis, namun serangan balas daripada pasukan Polis tidak boleh diambil ringan kerana serangan balas yang dialkukan agak berbahaya bagi pasukan Politeknik.

Sabtu ini 10 Julai 2010 pasukan Politeknik akan bertemu pasukan Tampin Junior's di padang hoki Tampin. Diharap pasukan politeknik akan dapat meneruskan kecemerlangan dalam menaikkan nama Politeknik Port Dickson.

-pengurus/jurulatih hoki PPD-