Rabu, 27 Julai 2011

MSP HOKI 2011

Kepada pelajar Politeknik PD yang berminat untuk mewakili politeknik untuk kejohanan Hoki MSP bolehlah turun training pada

hari : Selasa, Rabu dan Khamis
masa : 5.30 - 7.00 petang
tempat : padang hoki / futsal (depan jmsk)

kehadiran adalah dialu-alukan....

Poli PD vs Old Paulians (NSHL 2011)

Pada 23/7/2011 bertempat di stadium hoki Seremban 2, pasukan Poli PD telah bertemu dengan pasukan Old Paulians untuk Liga Hoki Negeri Sembilan 2011.

Pada separu masa pertama Poli PD mendahului dengan mata 2-1. Semangat yang di tunjukkan oleh pemain sangat membanggakan. Namun dengan pengalaman yang banyak, pasukan Old Paulians telah berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa yang ke-2 menjadikan jaringan gol terikat 2-2.

Keputusan akhir PoliPD 2 - Old Paulians 2.

Pasukan Poli PD terkandas dari memasuki pusingan ke 2 kerana kekalahan jaringan gol kepada pasukan Tampin Junior.

Rabu, 13 Julai 2011

Poli PD vs KH Gemencheh B (KHGB) - NSHL 2011

Pada 10 Julai 2011 pasukan poli PD telah menentang pasukan Kelab Hoki Gemencheh B di padang 2 Stadium Hoki Seremban2. Perlawanan bermula pada jam 5 petang.

Pasukan Poli PD dibolosi seawal 10 minit permainan dan dibolosi lagi pada minit akhir separuh masa pertama menyebabkan pasukan KHGB mendahului sebanyak 2-0 pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua pasukan poli PD telah dibolosi lagi sebanyak 4 gol menjadikan KHGB mendahului sebanyak 6-0. Namun pada minit-minit akhir perlawanan pasukan poli PD berjaya menjaringkan 1 gol. Walaupun pasukan poli PD menguasai perlawanan pada separuh masa pertama namun kehebatan pasukan KHGB pada separuh masa kedua berjaya menundukkan pasukan poli PD.

Keputusan akhir perlawanan kedua ialah poli PD tewas sebanyak 6-2 kepada KHGB.

Perlawanan ketiga akan berlangsung pada 23 Julai 2011 pada jam 5.00 petang di padang 1 Stadium Hoki Seremban 2 menentang Old Paulian Assosiation A.

Poli PD vs Tampin Juniors (NSHL 2011)

Pada 3 Julai 2011 pasukan poli PD yang diwakili oleh pelajar poli PD telah bertemu dengan pasukan Tampin Junior yang berlangsung di padang hoki Sekolah Tuanku Besar, Tampin sempena Liga Hoki Negeri Sembilan.

Perlawanan dimulakan pada jam 5 petang. Pada separuh masa pertama pasukan Poli PD telah berjaya dibolosi oleh pasukan pihak lawan. Namun dengan kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh para pemain telah berjaya membuahkan hasil apabila berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua dan jaringan tersebut dijaringkan melalui pukulan sudut penalti.

Keputusan kekal 1-1 hingga ke akhir perlawanan.

Perlawanan kedua poli PD akan dilangsungkan di padang 2 Stadium Hoki Seremban 2 menentang pasukan Gemencheh B pada 10 Julai 2011.