Rabu, 18 Januari 2012

Perlawanan Persahabatan

Pada 11 Januari 2012...pasukan kelab hoki poli pd telah mengadakan satu perlawanan persahabatan (perlawanan pembukaan bagi tahun 2012) dengan pasukan hoki Kor RAD atas jemputan dari pasukan tersebut.

Perlawanan ini telah dijalankan selama 3 masa di mana satu masa adalah selama 20 minit permainan. Pada separuh masa pertama kedudukan adalah seri 0-0 dan pemain kelab hoki bermain dengan cemerlang dengan mengasak pasukan lawan dam mempamerkan pertahanan yang baik ketika diserang.

Pada separuh masa kedua pasukan Kelab Hoki PoliPD telah berjaya dibolosi menerusi pukulan sudut penalti dan separuh masa kedua berkeputusan Kelab Hoki PoliPD(0)- Kor RAD (1).

Pada separuh masa ketiga pasukan Kelab Hoki PoliPD telah berjaya menjaringkan 2 gol dan kedua-dua gol adalah hasil daripada gol padang. Namun kelekaan bahagian pertahanan telah menyebabkan pasukan Kor RAD berjaya menyamakan kedudukan dengan menjaringkan satu lagi gol pada minit akhir perlawanan menerusi pukulan sudut penalti.

Perlawanan ini telah disaksikan oleh pelajar Ko-korikulum AR201 dan beberapa jurulatih luar yang melatih pasukan "Junior League" Negeri sembilan.

Keputusan akhir ::
Kelab Hoki PoliPD (2) - Kor RAD (2)