Selasa, 23 November 2010

Terkini MSP-JPP KPTM 2010

Pasukan hoki yang rata-rata diwakili oleh ahli kelab hoki Politeknik Port Dickson telah bertolak ke Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) pada 21/11/2010 lebih kurang jam 9.15 pagi setelah proses memindahkan peralatan hoki dari stor kelab ke bas dilakukan.

Pasukan hoki tiba di POLIMAS lebih kurang jam 7.00 petang dan pemain telah mendaftar untuk menginap di asrama POLIMAS. Pada sebelah malam selepas taklimat dan mesyuarat pengurus dan jurulatih pasukan, semua pemain telah diberikan taklimat oleh jurulatih pasukan iaitu En Azrul. Jadual pertandingan bagi pasukan lelaki telah berubah kerana dua pasukan telah menarik diri di saat-saat akhir.

Pasukan hoki lelaki bermain di Padang Hijau Kuning, Alor Setar manakala pasukan wanita bermain di padang hoki Kangar, Perlis.

Pada hari pertama pertandingan, pasukan lelaki telah bertemu dengan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dan pasukan hoki lelaki telah dikecewakan dengan kekalahan sebanyak 3-0. Pada sebelah petang pula pasukan hoki lelaki telah mengecewakan pasukan lawan iaitu Politeknik Muadzam Shah (PMS) juga 3-0.

Perlawanan pertama pasukan hoki wanita pula berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Politeknik Shah Alam (PSA).

Pada Hari kedua kejohanan berlangsung, pasukan hoki lelaki telah menewaskan Politeknik Shah Alam (PSA) sebanyak 2-0 namun mendukacitakan pada perlawanan keempat pasukan lelaki telah seri tanpa jaringan dengan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS). Namun akibat kekurangan jaringan gol yang dibuat, pasukan hoki lelaki Politeknik Port Dickson tidak layak untuk meneruskan perjuangan pada pusingan kedua.

Perlawanan kedua pasukan wanita pula telah berjaya menewaskan pasukan hoki wanita dari Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) 1-0 namun pada perlawanan terakhir pusingan pertama pasukan wanita telah tewas kepada pasukan Politeknik Sultanah Bahiyah (PTSB) dengan 2-0.


Ahad, 21 November 2010

Ahli Kelab Beraya Aidiladha di rumah coach....

Pada 17 November 2010 bersamaan dengan hari raya korban atau Aidiladha, pemain-pemain hoki politeknik Port Dickson telah beraya di rumah 'coach' kerana tidak pulang ke kampung disebabkan jadual latihan yang diadakan bersempena Liga Hoki MSP-JPP KPTM 2010 yang akan berlangsung pada minggu berikutnya...

Persiapan menyambut hari raya telah dilakukan pada malam hari raya di mana para pemain telah hadir dan menyediakan bebrapa jenis lauk untuk dimakan pada pagi raya....Gambar-gambar berikut menceritakan segalanya...








Selasa, 9 November 2010

LIGA HOKI MSP-JPP KPTM 2010

JADUAL PERLAWANAN TERKINI


wanita

PPD vs PSA 22/11 2.00 ptg
PPD vs PSAS 23/11 10.00 pg
PPD vs PTSB 23/11 5.00 ptg



lelaki

PSP vs PPD 22/11 9.15 pg
PPD vs Polisas 22/11 3.45 ptg
PPD vs PMU 23/11 2.15 ptg
PPD vs PSAS 23/11 5.15 ptg

masa perlawanan adalah 20-5-20....

sebarang pertanyaan sila hubungi en azrul atau en aznul rafizul