Rabu, 22 Jun 2011

Jadual Perlawanan Liga Hoki Negeri Sembilan 2011

Mesyuarat pengurus pasukan akan diadakan pada 26 Jun 2011 bertempat di Stadium Hoki Seremban 2 pada jam 2.00 petang.



Politeknik Port Dickson telah masuk Divisyen 2 dalam pertandingan ini.



Jadual perlawanan bagi Politeknik Port Dickson adalah seperti berikut:





Setiap perlawanan akan bermula jam 5.00 petang. Maka pasukan akan mula bergerak pada jam 2.00 petang. Pengangkutan akan disediakan dari Politeknik Port Dickson.

Jumaat, 10 Jun 2011

NS Hockey League 2011

Kelab hoki PoliPD akan menghantar satu pasukan untuk Liga Hoki N9 yang akan bermula pada 18 Jun 2011.

Pasukan ini terdiri daripada pelajar dan bekas pelajar Politeknik Port dickson yang bermain atas tiket alumni Poli PD.

Semoga kejayaan berpihak pada pasukan dari Poli PD pada tahun ini...

Isnin, 18 April 2011

NSHA SIX A SIDE 2011

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa kelab hoki Poli PD akan menghantar 2 pasukan untuk menyertai pertandingan Negeri Sembilan Hockey Assiciation Six A Side yang akan berlangsung pada

tarikh : 15 Mei 2011
masa : 8.00 pagi - 6.30 petang
lokasi : padang astro turf seremban 2

sila datang untuk menyaksikan pertandingan tersebut...terima kasih...

Rabu, 16 Mac 2011

Klinik & Karnival Hoki PPD

Klinik dan karnival hoki PPD telah dijalankan dengan jayanya pada 11 dan 12 Mac 2011 bertempat di Stadium Hoki Seremban 2. Pertandingan ini telah disertai oleh pelajar koko, ahli kelab hoki PPD, bekas pelajar Politeknik Port Dickson dan juga pihak tentera iaitu dari Kem Artileri Seremban.

Sebanyak 6 pasukan telah didaftarkan sebagai pasukan yang bertanding. Setiap pasukan telah diundi untul pertandingan kalah mati pada pusingan pertama dan liga pada pusingan kedua.

Dua pasukan dari Politeknik Port Dickson dan satu pasukan dari Artileri Seremban telah berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua. Walaupun berlaku beberapa insiden yang tidak diingini semasa pertandingan berlangsung, namun karnival ini tetap berjalan dengan lancar.

tempat pertama telah dimenangi oleh pasukan Artileri Seremban, tempat kedua dimenangi oleh pasukan Chap Ayam gabungan daripada pemain politeknik dan bekas pelajar politeknik dan tempat ketiga juga dimenangi oleh pasukan pasukan campuran pemain,bekas pemain dan jurulatih.

Diharap karnival ini dapat diteruskan dengan sokongan daripada pihak Politeknik Port Dickson.

"majulah Sukan Untuk Politeknik"

Rabu, 12 Januari 2011

Pendaftaran Ahli Kelab Sesi Dis 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Pendaftaran untuk ahli kelab masih lagi di buka kepada semua pelajar Politeknik Port Dickson.

Sila mendaftar melalui emel dan nama anda akan di 'update' secepat mungkin.Tiada yuran dikenakan dan sebarang cadangan boleh juga dihantar melalui emel Kelab Hoki.

Ahad, 19 Disember 2010

Perlawanan Pembukaan Sesi Dis 2010

Pada 18/12/2010 Kelab Hoki PPD telah bergabung dengan pemain Artileri Seremban dan Pulamor Port Dickson untuk satu perlawanan persahabatan dengan pasukan Veteran Negeri Sembilan.

Perlawanan ini telah bermula jam 5.30 petang di mana perlawanan dijalankan selama 30-10-30 minit. Perlawanan ini telah didahului oleh pasukan Veteran N9 sebanyak 3-0 pada separuh masa pertama di mana ketiga-tiga gol adalah hasil daripada pukulan sudut penalti(short corner).

Setelah menyusun semula strategi pasukan hoki campuran Kelab Hoki PPD/Artileri/Pulamor telah berjaya menguasai perlawanan pada separuh masa kedua dan berjaya menjaringkan 3 gol di mana 2 gol adalah gol padang dan 1 gol daripada pukulan sudut penalti.

Selasa, 23 November 2010

Terkini MSP-JPP KPTM 2010

Pasukan hoki yang rata-rata diwakili oleh ahli kelab hoki Politeknik Port Dickson telah bertolak ke Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) pada 21/11/2010 lebih kurang jam 9.15 pagi setelah proses memindahkan peralatan hoki dari stor kelab ke bas dilakukan.

Pasukan hoki tiba di POLIMAS lebih kurang jam 7.00 petang dan pemain telah mendaftar untuk menginap di asrama POLIMAS. Pada sebelah malam selepas taklimat dan mesyuarat pengurus dan jurulatih pasukan, semua pemain telah diberikan taklimat oleh jurulatih pasukan iaitu En Azrul. Jadual pertandingan bagi pasukan lelaki telah berubah kerana dua pasukan telah menarik diri di saat-saat akhir.

Pasukan hoki lelaki bermain di Padang Hijau Kuning, Alor Setar manakala pasukan wanita bermain di padang hoki Kangar, Perlis.

Pada hari pertama pertandingan, pasukan lelaki telah bertemu dengan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dan pasukan hoki lelaki telah dikecewakan dengan kekalahan sebanyak 3-0. Pada sebelah petang pula pasukan hoki lelaki telah mengecewakan pasukan lawan iaitu Politeknik Muadzam Shah (PMS) juga 3-0.

Perlawanan pertama pasukan hoki wanita pula berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Politeknik Shah Alam (PSA).

Pada Hari kedua kejohanan berlangsung, pasukan hoki lelaki telah menewaskan Politeknik Shah Alam (PSA) sebanyak 2-0 namun mendukacitakan pada perlawanan keempat pasukan lelaki telah seri tanpa jaringan dengan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS). Namun akibat kekurangan jaringan gol yang dibuat, pasukan hoki lelaki Politeknik Port Dickson tidak layak untuk meneruskan perjuangan pada pusingan kedua.

Perlawanan kedua pasukan wanita pula telah berjaya menewaskan pasukan hoki wanita dari Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) 1-0 namun pada perlawanan terakhir pusingan pertama pasukan wanita telah tewas kepada pasukan Politeknik Sultanah Bahiyah (PTSB) dengan 2-0.