Selasa, 23 November 2010

Terkini MSP-JPP KPTM 2010

Pasukan hoki yang rata-rata diwakili oleh ahli kelab hoki Politeknik Port Dickson telah bertolak ke Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) pada 21/11/2010 lebih kurang jam 9.15 pagi setelah proses memindahkan peralatan hoki dari stor kelab ke bas dilakukan.

Pasukan hoki tiba di POLIMAS lebih kurang jam 7.00 petang dan pemain telah mendaftar untuk menginap di asrama POLIMAS. Pada sebelah malam selepas taklimat dan mesyuarat pengurus dan jurulatih pasukan, semua pemain telah diberikan taklimat oleh jurulatih pasukan iaitu En Azrul. Jadual pertandingan bagi pasukan lelaki telah berubah kerana dua pasukan telah menarik diri di saat-saat akhir.

Pasukan hoki lelaki bermain di Padang Hijau Kuning, Alor Setar manakala pasukan wanita bermain di padang hoki Kangar, Perlis.

Pada hari pertama pertandingan, pasukan lelaki telah bertemu dengan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dan pasukan hoki lelaki telah dikecewakan dengan kekalahan sebanyak 3-0. Pada sebelah petang pula pasukan hoki lelaki telah mengecewakan pasukan lawan iaitu Politeknik Muadzam Shah (PMS) juga 3-0.

Perlawanan pertama pasukan hoki wanita pula berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Politeknik Shah Alam (PSA).

Pada Hari kedua kejohanan berlangsung, pasukan hoki lelaki telah menewaskan Politeknik Shah Alam (PSA) sebanyak 2-0 namun mendukacitakan pada perlawanan keempat pasukan lelaki telah seri tanpa jaringan dengan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS). Namun akibat kekurangan jaringan gol yang dibuat, pasukan hoki lelaki Politeknik Port Dickson tidak layak untuk meneruskan perjuangan pada pusingan kedua.

Perlawanan kedua pasukan wanita pula telah berjaya menewaskan pasukan hoki wanita dari Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) 1-0 namun pada perlawanan terakhir pusingan pertama pasukan wanita telah tewas kepada pasukan Politeknik Sultanah Bahiyah (PTSB) dengan 2-0.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan