Selasa, 6 Julai 2010

Poli PD vs NS Police (NS hockey league)

Perlawanan hoki antara pasukan Politeknik Port Dickson melawan pasukan hoki Polis Negeri Sembilan pada 3 Julai 2010 telah menaikkan nama pasukan politeknik. Perlawanan ini telah dimenangi pasukan politeknik dengan jaringan 5-0.

Dua gol telah dijaringkan pada separuh masa pertama dan 3 gol lagi dijaringkan pada separuh masa kedua. 4 gol adalah gol padang dan 1 gol dijaringkan melalui pukulan sudut penalti.

Perlawanan hoki ini juga telah dicemari dengan layangan 1 kad hijau kepada pemain pasukan Polis NS atas insiden kekasaran kepada salah seorang pemain hoki pasukan Politeknik PD. Perlawanan hoki ini dikuasai pasukan Politeknik PD yang lebih banyak menyerang berbanding pasukan Polis, namun serangan balas daripada pasukan Polis tidak boleh diambil ringan kerana serangan balas yang dialkukan agak berbahaya bagi pasukan Politeknik.

Sabtu ini 10 Julai 2010 pasukan Politeknik akan bertemu pasukan Tampin Junior's di padang hoki Tampin. Diharap pasukan politeknik akan dapat meneruskan kecemerlangan dalam menaikkan nama Politeknik Port Dickson.

-pengurus/jurulatih hoki PPD-

Khamis, 3 Jun 2010

liga hoki negeri sembilan

kelab hoki poli pd akan menyertai liga hoki negeri sembilan.

tarikh : bermula 26 jun 2010
masa : jumaat malam
sabtu siang
ahad siang

sila updatekan diri anda untuk pemain-pemain....

kepada para penyokong...sila layari blog untuk tarikh terkini...

Selasa, 18 Mei 2010

JERAM TOI....

Barbeku di jeram toi untuk meraikan penat lelah selama satu semester kelab hoki sesi jan 2010



Hari : Sabtu
Tarikh : 22/5/2010
Kenderaan : Konvoi motosikal + kereta (yang bawa kenderaan mesti lengkap lesen)
Masa : 7.45 pg....berkumpul di rumah En Azrul di 24 jln 1/10, Taman Intan Perdana
8.15 pg....golek tayar

Peraturan Konvoi :

1. dilarang memecut macam mat rempit
2. dilarang 'SHOW OFF'
3. berkonvoi dengan berhemah (steady)
4. sesiapa yang gagal dengan arahan ini akan dikenakan tindakan

p/s : nak konvoi kena hati-hati

Ahad, 2 Mei 2010

6' side close N9

Kejohanan 6' side tertutup n9 akan disertai oleh ahli Kelab Hoki Politeknik Port Dickson.

Tarikh : 9 MEI 2010 (AHAD)
Lokasi : Stadium Hoki Seremban 2
Masa : 8.00 am - 6.00 pm

Pasukan Kelab Hoki menghantar 2 pasukan untuk kejohanan ini....

Rabu, 28 April 2010

Karnival Hoki Politeknik Port Dickson

Karnival hoki Politeknik Port Dickson telah diadakan di Stadium Hoki Seremban 2 pada 25 April 2010 sehari selepas Klinik Hoki dijalankan...Sebanyak 8 pasukan telah menyertai karnival ini termasuk 2 pasukan dari Rejimen Artileri Negeri Sembilan yang telah menghantar sebanyak 2 pasukan.


#Gambar 2 pasukan yang ke Final#


keputusan karnival:

JOHAN : Artileri A
NAIB JOHAN : T.O.T (politeknik pd)
KETIGA : Artileri B

Terima kasih kepada semua yanga telah menjayakan karnival ini....semoga berjumpa lagi pada karnival yang akan datang...

Jumaat, 23 April 2010

Klinik Hoki Sesi januari 2010

Klinik hoki yang dianjurkan oleh Kelab Hoki Politeknik Port Dickson telah berjaya dijalankan pada hari Sabtu 24 APRIL 2010 bertempat di Stadium Hoki Seremban 2. Klinik ini telah disertai oleh pelajar Kokurikulum R2001 semester 2 seramai 28 orang.
Klinik ini juga disertai oleh ahli kelab hoki yang ingin meningkatkan 'skill' individu dan kerjasama antara pasukan.

Gambar-gambar akan di'upload' dalam masa terdekat.....

jersi kelab yang baru